MyGOSSCON 2012

Persidangan MyGOSSCON 2012
30 & 31 Oktober 2012


Persidangan MyGOSSCON 2012 merupakan acara tahunan keenam bagi semua yang berminat dengan pembangunan dan pelaksanaan Perisian Sumber Terbuka (OSS). MyGOSSCON setiap tahun telah berjaya mendapat sambutan di luar jangkaan daripada Sektor Awam, organisasi perniagaan, Sektor Pendidikan dan komuniti OSS.

ISU DAN PERSOALAN OSS TERKINI
Selepas hampir sepuluh tahun Kerajaan Malaysia meneroka dan memimpin dalam inisiatif OSS, ia telah berjaya merubah landskap ICT di Malaysia, terutamanya di Sektor Awam. Ini seiring dengan trend OSS di dunia di mana OSS telah menjadi mainstream.

Dalam masa yang sama, era baru ICT membawa berbagai teknologi baru dan model perniagaan baru seperti mobile, social media dan cloud computing. Era baru ICT ini banyak berlandaskan Sumber Terbuka (Open Source), Piawaian Terbuka (Open Standards) serta Inovasi Terbuka (Open Innovation). Juga, era baru ICT ini telah merubah industri ICT dan merubah motivasi dan cara ICT digunakan sebagai pemangkin pembangunan ekonomi, sekaligus merubah peranan OSS, berbanding dengan peranan OSS sepuluh tahun sebelum ini.

Pembangunan ekonomi Malaysia menuju tahun 2020 dipandu oleh inisiatif-inisiatif transformasi negara seperti Program Transformasi Kerajaan (GTP), Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Digital Malaysia. OSS juga pasti dapat memainkan peranan baru dalam menyokong transformasi digital khususnya, dan transformasi negara amnya.

Apakah teknologi baru berlandaskan OSS dan Open Standards dalam era baru ICT ini? Apakah peranan baru OSS menuju ke tahun 2020? Bagaimana dengan pelaksanaan OSS negara di penghujung Pelan Induk Sektor Awam Malaysia kelak?

TEMA MyGOSSCON 2012
Selaras dengan usaha berterusan oleh Kerajaan Malaysia untuk memastikan OSS seiring dengan halatuju negara, tema persidangan kali ini adalah:



Open Source: The Next Generation of Digital Transformation"


Tema ini akan membawa pembentang dan peserta mendalami dan merungkai isu-isu dan persoalan di atas dan meyakinkan bahawa OSS dapat membantu transformasi negara.

PERSIDANGAN
Pembentangan strategik teknikal dan informatif akan diadakan semasa sesi Plenari dan Forum yang merangkumi tema-tema pecahan (sub-themes) seperti berikut:

OSS Delivers For Better Government Digital Transformation Bercanggah dengan pandangan skeptik, OSS kini mula menjadi penyelesaian arus perdana. Teknologi OSS juga menjadi perintis dan peneraju penyelesaian Open Government dan Open Data. Pembangunan dan inovasi OSS adalah sejajar dengan trend baru sektor awam yang diramalkan oleh IDC untuk tahun 2012: operasi yang efisyen, mobility, kerajaan pintar dan ekonomi yang mampan. Kerajaan di peringkat nasional, negeri dan tempatan di serata dunia mula melaksanakan falsafah dan teknologi OSS kearah transformasi digital sektor awam yang lebih baik.
Open Source Paving The Future Of Cloud, Big Data, Mobile And Social Strategies Pembangunan dan inovasi OSS mula memintas pembangunan konvensional dan menerajui teknologi terkini: cloud, mobile dan big data. OSS juga memacu teknologi media dan rangkaian sosial selaras dengan keupayaannya untuk memenuhi pelbagai keperluan dan permintaan yang sentiasa mengalami perubahan. Di platform mobile pula, OSS sudah menguasai dari aspek sistem pengoperasian dan sebahagian besar aplikasi mobile dibangunkan berasaskan OSS.
Licensing, Ownership And Innovation Meneroka pilihan pelesenan OSS dan bagaimana polisi dan pemilihan pelesenan tersebut boleh memcorakkan pembangunan ICT negara. Model inovasi OSS bukan sahaja praktikal dalam industri perisian, tetapi juga dalam pelbagai konteks industri yang lain dan juga sektor awam. Perkembangan OSS mewujudkan peluang bagi negara membangun untuk mengambil bahagian dalam inovasi terkini.
Open Source Towards Self Reliance And Nation Building Organisasi-organisasi kini mula melaksana OSS sebagai kelebihan kompetitif dan buka semata-mata untuk menjimatkan kos. Model pembangunan OSS menyediakan sumber dan mekanisme untuk membina komuniti yang berpengetahuan, kolaboratif dan berinovasi. Ini menyumbang untuk meningkatkan masyarakat berilmu dan ekonomi berasaskan pengetahuan ke arah mewujudkan negara berpendapatan tinggi. OSS juga boleh memainkan peranan dalam meningkatkan daya saing negara dan menjadikan negara sebagai pengeluar teknologi.
OSS Security Keselamatan maklumat adalah cabaran terbesar untuk pentadbir rangkaian dan keselamatan IT. Keselamatan OSS adalah kebimbangan utama untuk sesuatu organisasi yang merancang untuk pelaksananya. Disebalik kebimbangan tersebut, kebanyakan pakej penyelesaian keselamatan dibina berasaskan penyelesaian keselamatan OSS. OSS arus perdana kini telah mencapai tahap kematangan yang tinggi di mana ianya sudah boleh memberikan tahap keselamatan yang melangkaui tahap proprietary.

Sehubungan dengan itu, dalam menyediakan platform kukuh bagi perkongsian ilmu, pengalaman dan kemahiran untuk menambahbaik kecekapan dan produktiviti di dalam perkhidmatan awam, ia adalah acara yang perlu disertai oleh setiap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Ketua Pegawai Maklumat (CIO), Ketua Pegawai Teknikal (CTO), pemimpin industri, ahli akademik, komuniti Sumber Terbuka dan kakitangan Kerajaan.

Pada tahun ini, Pertandingan Kandungan Multimedia Kreatif diadakan dan dibuka kepada murid-murid Sekolah Menengah,  pelajar-pelajar kolej matrikulasi dan guru pelatih di Institut Pendidikan Guru (IPG) bagi menghasilkan isi kandungan multimedia yang berasaskan pendidikan.  Selain daripada itu, Persidangan MyGOSSCON 2012 seperti tahun lalu akan mengadakan Anugerah MyGOSS bagi mengiktiraf pencapaian Sektor Awam melalui pelaksanaan OSS.

INTIPATI PERSIDANGAN
Pameran Utama
Pameran Utama Persidangan MyGOSSCON 2012 dijangka akan menarik lebih 1,000 peserta dari pelbagai kumpulan termasuk CEO, CIO, CTO, pemimpin industri, ahli akademik, komuniti OSS dan penjawat awam.  Pameran kali ini menjanjikan peluang bagi komuniti - komuniti  terbabit mempamer dan menunjukkan perkhidmatan dan penyelesaian terkini yang telah mereka bangunkan dan yang telah diguna pakai.

Pertandingan Kandungan Multimedia Kreatif
Menawarkan ganjaran hebat berjumlah RM16,700.00, pertandingan ini bertujuan untuk memperlihatkan  bagaimana OSS boleh menjadi platform untuk penerbitan multimedia kreatif dan bukan sekadar menceriakan komuniti ahli teknologi.  Ia terbuka kepada semua murid-murid sekolah menengah , pelajar-pelajar kolej matrikulasi dan guru-guru pelatih di IPG Malaysia

Anugerah MyGOSS 2012
Anugerah MyGOSS 2012 dianjurkan oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri.  Ia merupakan anugerah yang menawarkan ganjaran berjumlah RM11,500.00 dan telah dipelopori oleh Open Source Competency Center (OSCC), MAMPU.  Anugerah ini adalah untuk mengiktiraf dan memperakui usaha gigih organisasi-organisasi dalam melaksanakan OSS untuk menggalakkan kecemerlangan perkhidmatan dan penggunaan efektif ICT.  Anugerah ini juga terbuka kepada semua agensi dan organisasi dalam Sektor Awam Malaysia.

Intipati Persidangan Secara Ringkasnya Turut Merangkumi:

  1. Pembukaan Rasmi oleh YBhg. Dato' Sri Dr. Ali bin Hamsa, Ketua Setiausaha Negara
  2. Upacara Penutup oleh YBhg. Dato' Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah MAMPU
  3. Pertandingan Produk Pempamer Terbaik
  4. Sesi Perangkaian Sosial Birds-of-Feather (BoF)
  5. Pelancaran Produk Terbaru OSCC – Sistem Pengurusan Dokumen dan Sistem Tempahan Bilik Mesyuarat
  6. Sesi Plenary  yang menyentuh mengenai Hala Tuju OSS ke arah Self Reliance dan Pembangunan Negara (Open Source Towards Self Reliance and Nation Building)


Pelbagai Aktiviti Menarik Yang Bakal Menanti! Acara yang mesti disertai!


 
 

About Us

MyGOSSCON 2012 Conference is an annual event and this year is the 6th year of the event. The event is organized for all who are interested with the development and implementation of Open Source Software (OSS).

Quick Links

Connect with us