Call for Papers

Cetak

Call for Papers
Sempena
Persidangan MyGOSSCON 2012


***Tarikh akhir penghantaran abstrak dilanjutkan ke 7 Oktober 2012 19 Oktober 2012 kerana permintaan yang tinggi.


PENGENALAN

Pemilihan Call for Papers KINI DIBUKA!



Jawatankuasa Program MyGOSSCON 2012 dengan sukacitanya menjemput dan memanggil para pembentang dari Malaysia dan di seluruh dunia yang berminat dan berkaitan dengan Open Source Software (OSS) bagi membentangkan kertas kerja untuk Persidangan MyGOSSCON 2012.

Kertas kerja meliputi pelbagai topik antaranya penyelidikan asas, pelaksanaan dengan menggunakan OSS dan perkongsian pengalaman oleh agensi/industri.

Pembentang adalah bebas untuk membincangkan topik-topik yang difikirkan berkaitan dan bersesuaian dengan tema persidangan utama dan tema pecahan.

TEMA MyGOSSCON 2012


"OPEN SOURCE: THE NEXT GENERATION OF DIGITAL TRANSFORMATION"


SUB TEMA

  1. OSS DELIVERS FOR BETTER GOVERNMENT DIGITAL TRANSFORMATION
  2. OPEN SOURCE PAVING THE FUTURE OF CLOUD, BIG DATA, MOBILE AND SOCIAL STRATEGIES
  3. LICENSING, OWNERSHIP AND INNOVATION
  4. OPEN SOURCE TOWARDS SELF RELIANCE AND NATION BUILDING
  5. OSS SECURITY


Sila rujuk ke laman utama untuk :

  1. Definisi terperinci tema persidangan
  2. Agenda Tentatif

PENYERAHAN ABSTRAK
Penyerahan Pencalonan untuk Call For Papers perlu merangkumi maklumat berikut:

  1. Tajuk
  2. Abstrak
  3. Nama pembentang
  4. Nombor telefon untuk dihubungi
  5. Alamat e-mel
  6. Biografi Pembentang
  7. Institusi / organisasi / syarikat / komuniti, jika ada


Penyerahan abstrak dan CV perlu dihantar melalui emel ke : Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya sebelum atau pada 30 September 2012

PENYERAHAN KERTAS KERJA LENGKAP DAN SLAID PEMBENTANGAN
Selepas pengumuman penerimaan Abstrak, kertas kerja lengkap dan slaid pembentangan perlu disediakan dan ia meliputi :

  1. Terperinci dan lengkap agar keberkesanannya boleh dinilai (disesuaikan untuk 20 minit slot pembentangan)
  2. Kertas kerja dan slaid pembentangan haruslah di dalam bentuk Open Document Format atau PDF
  3. Kertas kerja lengkap dan slaid pembentangan perlu dihantar ke emel Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya sebelum atau pada 18 Oktober 2012.

KRITERIA PENILAIAN
1. Keaslian
Topik haruslah meliputi perspektif yang unik, pandangan atau pengalaman pelaksanaan.

2. Ketepatan Masa dan Faedah
Topik mesti mengandungi bahan baru dan bersesuaian dengan tema.

3. Nilai pembelajaran
Objektif pembentangan haruslah memenuhi keperluan pendidikan dan boleh dikongsi oleh peserta untuk meningkatkan kredibiliti pembentang, organisasi dan persidangan. Bagaimanapun, promosi produk atau barangan adalah TIDAK dibenarkan sama sekali.

MAKLUMAN
Perhatian yang berikut perlu diambilkira:

1. Keperluan Bahan Rujukan
Dokumen sokongan adalah diperlukan agar peserta dapat berkongsi pengetahuan serta rujukan apabila persidangan telah selesai. (Jika anda bergantung kepada demonstrasi secara langsung, demonstrasi tersebut akan menjadi bahan rujukan utama sebagai garis panduan.)

2. 100% Mematuhi Dasar BUKAN UNTUK DIKOMERSILKAN
Perlu diingatkan bahawa Persidangan MyGOSSCON 2012 bukan platform untuk mempromosikan produk, perkhidmatan atau penyelesaian oleh agensi/syarikat.

3. Pertukaran Pembentang

Penggantian pembentang kertas kerja adalah tidak dibenarkan, kecuali dalam kes kecemasan. Sekiranya penceramah tidak dapat hadir atas sebab kecemasan, beliau boleh digantikan dengan mengemukakan secara bertulis bagi tujuan kelulusan. Walau bagaimanapun, slot untuk pengganti akan dimaklumkan kelak sekiranya berjaya.

TARIKH AKHIR

9 Ogos 2012

Pencalonan Dibuka

30 September 2012

7 Oktober 2012

19 Oktober 2012

(sebelum atau pada jam 12:00 malam)

Tarikh Akhir Penghantaran Abstrak dan CV

9 Oktober 2012

25 Oktober 2012

Makluman Penerimaan Abstrak

18 Oktober 2012

5 November 2012

(sebelum atau pada jam 12:00 malam)

Penghantaran Kertas Kerja Lengkap dan Slaid Pembentangan

30 Oktober – 31 Oktober 2012

Akan dimaklumkan kelak.

Pembentangan

PENYERTAAN DAN PERTANYAAN
Semua penyertaan dan sebarang pertanyaan hendaklah dihantar melalui e-mel kepada Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

 

About Us

MyGOSSCON 2012 Conference is an annual event and this year is the 6th year of the event. The event is organized for all who are interested with the development and implementation of Open Source Software (OSS).

Quick Links

Connect with us